SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KORIS (JBA 0058)
SLB ditubuhkan atas dasar melahirkan barisan pemimpin murid di peringkat sekolah yang akan dapat dilatih dan digarap potensi kepimpinan mereka agar menjadi contoh murid terbilang di peringkat sekolah berkaitan. Jabatan Pelajaran Johor merasakan bahawa telah tiba masanya satu usaha yang sistematik, terancang dan terarah diambil untuk melahirkan generasi pemimpin negeri Johor yang cemerlang lagi terbilang dalam menyediakan modal insan yang kompetitif dan unggul untuk Wilayah Pembangunan Iskandar kelak.
Penubuhan SLB juga diharapkan juga akan dapat membantu melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah dan kemenjadian murid di negeri Johor. Ini selaras dengan kriteria pemilihan bagi sekolah berprestasi tinggi di negara ini yang jelas meniktikberatkan dua elemen penting berkenaan.
Mewujudkan satu kumpulan pemimpin muda di peringkat sekolah-sekolah negeri Johor yang akan membentuk sati legasi (legacy) dan tradisi baru dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan negeri Johor yang dinamik, inovatif dan kreatif.
Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan di kalangan para pelajar-pelajar cemerlang negeri Johor menerusi pendedahan dan latihan-latihan kepimpinan berhubung kemahiran-kemahiran global seperti komunikasi, hubungan antarabangsa dan diplomatik.
Mewujudkan satu elemen penandaarasan (benchmarking) bagi pelajar-pelajar sekolah berkaitan supaya menjadi pemimpin terbilang negeri Johor kelak.
Membuka ruang untuk para pelajar cemerlang negeri Johor untuk meluaskan pengalaman dan cara berfikiran dengan tugas-tugas yang bakal dipertanggungjawabkan ke atas ahli-ahli badan berkenaan.
Melahirkan bakal pemimpin yang berdaya saing (kompetitif) dan tahan lasak (resilient) dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Menghasilkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri 'Glokal' yakni berfikiran secara 'global' namun mengekalkan dan mengukuhkan budaya dan ciri-ciri 'lokal'.